Alamku Yang Subur |
Alam sekitar merupakan
penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber
tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat
memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras
yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar
yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk
memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang
kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya,
udara perlu bersih untuk pernafasan
haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan
mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit
yang menyerang sistem respirasi. Air
yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel
adalah air. Air sungai yang dicmeari
dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat
hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.
Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi,
kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini.
Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang
bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi
akan datang.
Keseimbangan antara
pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan.
Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan
membalak adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya. Kegiatan ini melibatkan perubahan kepada alam semula jadi
di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk
mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang
kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan
sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui adalah
sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam
tempoh yang singkat. Hasil laut seperti
kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh
sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk
pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap
aktiviti penanaman semula balak dan rotan di
Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan amal semula
jadi.
Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali
melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak boleh dikembalikan semula.
Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah.
Kegiatan ekonomi sumber ini perlu
dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang
singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti plumbum yang boleh mencemarkan sungai.
Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan lapang yang
berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung air.
Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan
rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur,
Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa
yang toksik dan berbahaya. Sisa ini
mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu
peraturan bawah Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua
industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum
dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh
diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat
seperti ditanam. Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan
yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan
pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa
mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan
diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam
sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan
ekologinya yang unik tidak harus
dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.